Perusahaan Otobus Pandawa membeli Jetbus 3 Voyager Double Decker untuk meningkatkan kenyamanan pelanggan setianya sebagai angkutan wisata premium, selain dapat mengangkut mobil sedan sport pada bagian bawah, pada bagian dek atas bus ini dilengkapi dengan sofa dan meja yang cukup mewah, dan pada bagian belakang terdapat ruang makan yang disekat dengan pintu, sekaligus terdapat ruang untuk merokok. Bus ini juga terdapat toilet yang terdapat pada samping tangga yang menghubungkan dek atas dan dek bawah. Kabarnya dikutip dari detik.com bus ini dibanderol dengan harga 3,5 milyar (off the road) menurut Section Manager Bus Engineering Dept PT Adiputro Wirasejati Eko Widianto pada saat ditemui detik.com di ICE, BSD, Tangerang, Minggu
Jika anda membuat kuih-muih Melayu, anda pasti biasa menggunakan pelbagai jenis gula ketika menyediakannya. Ini termasuklah gula pasir, gula melaka dan juga gula merah. Tahukah anda perbezaan antara gula merah vs gula melaka?
Adakah anda tahu gula merah diperbuat daripada apa? Ini sedikit penerangan mengenai perbezaan antara kedua-dua jenis gula ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Kawal pengambilan gula setiap hari
Walaupun kedua-dua jenis gula ini merupakan bahan wajib dalam kuih-muih Melayu, anda tidak boleh ‘melantak’ sewenang-wenangnya mengikut nafsu makan anda.
Cukup sekadar merasa dan tidak berlebih-lebihan ketika makan.
Apa pun nama gula tersebut, ia tetap gula dan boleh merisikokan anda kepada obesiti dan penyakit diabetes jika diambil dengan kerap.
Kurangkan kuantiti kuih yang manis dan banyakkan pengambilan makanan yang berkhasiat.
Sentiasa kawal pengambilan gula anda setiap hari untuk mengelakkan komplikasi lain di kemudian hari.
[embed-health-tool-bmr]
Gula merah vs gula melaka
Sekali diimbas, kedua-dua jenis gula ini mungkin kelihatan sama sahaja. Malah ramai juga yang masih keliru dan sering tertukar antara dua jenis gula ini.
Walaupun daripada rupanya agak sama, namun ia sebenarnya agak berbeza.
Ini perbezaan gula merah vs gula melaka:
Gula ini sebenarnya adalah sejenis molases yang merupakan produk hasil sampingan daripada proses pembuatan gula tebu putih. Ia mengandungi antara 25 hingga 40% kandungan sukrosa dan sangat rendah kandungan protein.
Kandungan airnya pula hanyalah sekitar 25% sahaja. Ia turut mengandungi beberapa kandungan mineral seperti kalsium dan sulfat.
Gula ini terdiri daripada dua jenis iaitu jenis coklat terang dan juga coklat gelap.
Gula dengan warna coklat gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat berbanding gula dengan warna coklat terang kerana ia telah dimasak lebih lama dan ia lebih likat. Gula ini juga mempunyai tekstur yang lebih halus berbanding gula pasir biasa.
Ini kerana ia telah dikisar agar senang larut dan memudahkan proses membuat kuih, biskut mahupun kek.
Antara jenis kuih yang biasa menggunakan gula ini ialah seperti kuih apam kukus, kasui dan juga lompang.
Gula melaka pula lebih dikenali sebagai coconut palm sugar. Ia merupakan sejenis gula yang diperbuat daripada air sap bunga kelapa yang turut dikenali ramai dengan nama air nira kelapa.
Pada permulaan proses pembuatannya, bunga kelapa akan dipotong dan diletakkan sebuah bekas di bawahnya untuk mengumpulkan air sap yang keluar daripada bunga tersebut.
Biasanya ia akan dibiarkan semalaman dan diambil semula pada keesokan harinya.
Air bunga kelapa ini kemudiannya dikumpulkan dan dimasak selama beberapa jam sehingga ia bertukar warna menjadi coklat gelap dan lebih likat.
Setelah air menyejat dan ia menjadi likat, cairan gula ini akan dituang dalam bekas yang biasanya diperbuat daripada buluh dan dibiarkan mengeras.
Setelah itu barulah dibungkus dan dijual. Memandangkan tekstur gula ini agak keras berbanding gula lain, ia biasanya dilarutkan dengan cara dimasak dengan air ketika membuat sesuatu hidangan.
Gula ini digunakan sebagai kuah bagi kuih seperti lompat tikam dan sangat sedap sebagai bahan pemanis untuk bubur manis seperti bubur kacang hijau, pengat pisang atau pengat labu.
Penggunaan gula dalam masakan tradisi
Jika kita membuat kek atau biskut moden, biasanya kita menggunakan gula pasir, gula kastor atau sirap jagung dan juga madu sebagai bahan pemanis.
Namun, bagi masakan tempatan atau kuih-muih tradisional, ia lebih banyak menggunakan gula yang berasaskan pohon kelapa mahupun nipah.
Antaranya ialah seperti gula merah, gula melaka, gula perang, gula nipah, gula kerek dan lain-lain lagi.
Ini kerana gula seperti ini kurang manis dan ia memberikan rasa yang lebih kuat dan sangat sesuai digunakan dalam pembuatan kuih.
Antara kuih yang sinonim dengan penggunaan gula seperti ini ialah kuih keria, lompat tikam, kuih talam, kuih lopes dan bermacam-macam lagi.
Penggunaan gula jenis ini sudah menjadi bahan tradisi atau mesti ada dalam hidangan orang Melayu.